chicken dishes


Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
2 sudu besar biji ketumbar }
2 sudu besar jintan manis } disangai dan ditumbuk
2 sudu besar jintan putih }
3 ulas bawang putih }
5cm halia } ditumbuk
1 kiub pati ayam }
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gaul ayam bersama bahan-bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk cili dan garam. Perap selama 30 minit.
2. Goreng hingga masak.



Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
8 ulas bawang putih }
6 batang serai } di kisar
5cm halia }
serbuk kunyit secukupnya }
garam dan serbuk perasa secukupnya }

Cara - cara
1. Gaul ayam dengan bahan kisar, perap selama 2 jam.
2. Goreng hingga masak


Lemon Chicken
Isi Ayam Goreng
Bahan-Bahan
400gm isi ayam 1 s/mkn halia kisar * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya . Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon. Sedap dihidangkan semasa panas.

Sos Lemon
Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon ,5 s/mkn gula, 3 s/mkn tepung jagung, 300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan. 1 s/mkn cuka & Setitik dua lemon paste
Cara penyediaan
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil. Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:
Rasa sos haruslah masam manis.
1 ekor ayam, kelar dada dan paha
1 liter santan (2 kelapa)
2-3 camb pes cili
1 cm belacan
1 camt halba
2 kpg asam gelugur
1 camt gula
garam secukupnya

Bahan Kisar
8 biji bawang merah
2 cm halia
3 cm kunyit
2 cm lengkuas
2 batang serai

Jerang semua bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih. Bila kuah setengah pekat, keluarkan asam gelugur. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga 3/4 masak. Biar kuah atas api perlahan. Panggang ayam dan percikkan kuah di atasnya. Bila ayam masak, sajikan dengan kuahnya tadi.


Daging ayam (kalau boleh bahagian isi ajer) diperap dengan bahan-bahan blend seperti :
bawang merah
bawang putih
halia
serai 2 tangkai
daun ketumbar 50sen
lada hijau (banyak lagi bagus)
perahan limau

additional....daun kunyit dihiris halus2, 2 helai daun limau purut, dicampak dlm kuah untuk wangi

perap sekejap. Masukkan dlm kuali @ periuk, hiris halus-halus daun kunyit, letakkan 2-3 helai daun limau purut....masak ayam berserta bhn kisar, sampai sebati, hampir masak...masukkan santan pekat, garam, kacau selalu. Rasa, kalau boleh sedikit masam lagi bagus.....masakan ni yg menyedapkannya ialah daun ketumbar.......paras santan tu.....kalau jamie oliver tu...dia letak paras ayam ajer


Ayam masak halia

ayam masak halia

Bahan-bahan ( 4 )

  • halia (sebesar ibu jari-dihiris)
  • beberapa ketul Isi ayam
  • 3 ulas bwg putih (di tumbuk)
  • 5 sudu sos tiram
  • garam
  • minyak

Cara-cara

  1. tumis bawang & halia sampai wangi
  2. masukkan isi ayam, masak sampai separuh masak.
  3. masukkan sos tiram (tak perlu banyak)
  4. masukkan air kalau nak berkuah.
  5. akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
  6. sedia untuk dihidang.

mY B!0$

My photo
Jerantut,Pahang, pahang,malaysia, Malaysia
Nothg special...Im just a girl that always hope that i can improve myself become better n better person..Pleased by everyone around me...iLy zaimer(combination of my parent's name lah)