pastry recipes




Tat Telur
Pastri
200g butter
80g gula ising
1 biji telur
360g tepung
1 camt esen vanila
Cara Membuatnya 
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan vanila. sebatikan.
  3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
  4. Sejukkan dalam peti ais 2 jam.
  5. Terap, isi isian dan bakar. Suhu 190c selama 30 minit.
Filling
6 biji telur - pukul hingga berbuih
480ml air
160g gula
80ml susu sejat/cair
1/2 camt esen vanila
Cara Membuatnya
  1. Kacau gula dalam air hingga hancur.
  2. Campurkan bahan lain dan kacau sebati.
  3. Tuang dalam kulit. Bakar.

Tart Telur

Sedapp!! Gerenti jadi! hihihi!

Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh )

bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
bahan utk filling : 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence

Cara-cara

  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
  8. Selamat menjamu selera!



Tiramisu
Bahan-bahan Sponge kek
4 biji telur
115 g gula kastor
100 g tepung gandum
15 g tepung jagung
25 g butter di cairkan
Cara
1. Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
2. Masukkan tepung gandum dan tpg jagung y telah di ayak berselang dgn butter y telah di cairkan.
3. Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C
Cream filling
Serbuk koko secukupnya ( dlm 2 sudu besar)
Coklat masakan yang diparut secukupnya untuk hiasan
350 ml bancuhan nescafe (1 sudu besar nescafe dan 350 ml air panas)
300 ml whipping cream
50 g gula kastor
3 x 250g(paket) mascarpone cheese
Method
  1. Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. Ketepikan.
  2. Potong cake kpd 3 bhgian, pd lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab.
  3. Ratakan filing dan dust kan dgn serbuk koko.
  4. Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting.
  5. Pada lapisan terakhir pun sama. sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam.
  6. Sedia untuk di makan. 

Grandma Caddell's Hot Cakes

·         15 m1/2 cup sugar
  • 4 teaspoons baking powder
  • 2 eggs
  • 1 teaspoon vanilla (or more if you like alot of vanilla)
  • 1 3/4 cups milk (more or less to make smooth consistency)

Directions

Mix all dry ingredients in a med. size bowl.
Then add enough milk and stir until smooth.
Add eggs.
Add vanilla.
Stir again.
If needed, add more milk. The batter should be a bit on the thin consistency side.
Let these set for about 5 min, and they will thicken a little.
Drop batter on either a ungreased griddle, or a non stick fry pan on medium heat. The first pancake is always the test to see if your pan is on the right heat.
HOTCAKE OR WAFFLE MIX
1/4 tsp. salt
1 1/2 tbsp. sugar
2 tbsp. baking powder
2 oz. butter (approximately 2 1/2 tbsp.)
2 eggs
4 c. flour
3 c. milk
Mix only until blended. Bake on greased griddle. Makes 18-20 (6 inch)



Hot Cakes

20 minutes Prep: 5 minutes Cook: 15 minutes
12 servings suggest servings

Ingredients

1
cup
1
tablespoon
1
teaspoon
1
teaspoon
1
cup
1
tablespoon
melted
1
each
yolk
1
each
white, beaten stiff and folded in last

Directions

Mix all the ingredients in the order given.
Heat a frying pan or grill to medium low temperature.
Place a teaspoon of cooking oil or a non stick spray into pan.
Butter also works.
Use a tablespoon to drop batter into pan.
Cook batter until bubbles form on the top of the pancake and then turn over and cook until done.
Repeat process until all have been made







Creme Caramel
Org kita panggil Caramel je kot. Ada orang panggil Flan cake. Hantam la labuuuu... sedap as dessert or minum petang.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 liter susu segar
  • 10 biji telur
  • 1 cup gula
  • 1 cup gula ( utk topping die )

Cara-cara

  1. amek satu periuk besa, didihkan air ( pastikan periuk tu tinggi sebab nanti nak kukus adunan )
  2. masokkan susu, telur n gula. pukul sampai sebati. Saya pakai blender. Cepat, mudah, pantas. hehe. Tp kene buat dua kali sebab blender kecik tak dpt muat 1 liter susu ngan semua telur
  3. panaskan periuk laen, letak 1 cup gula utk topping ke dalam periuk tadi. Kacau sampai gula cair . Jangan over plak, nanti gula hangit. ( step paling mencabar )
  4. tuangkan gula cair ke dalam satu acuan besi/kaca. masukkan adunan susu/telur/gula tadi.
  5. Kukus utk sejam
  6. Pastikan buat adunan dulu baru cairkan gula, sebab gula tu akan mengeras pada suhu bilik. Nanti jadi plak satu masalah laen. Susah nak cuci periuk gula tu.



Kek Coklat

kek coklat

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising



Kek Coklat

Kek coklat tanpa butter

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Kek coklat

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • 6 biji telur
  • 250g marjerin
  • 10oz gula
  • 8oz tepung naik sendiri
  • bahan koko:
  • panaskan semua bahan dibawah:-
  • 1 cawan koko
  • 1 sudu teh vanila
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. pukul gula, marjerin, telur dan tepung
  2. pastu masukkan koko panas tadi...
  3. lepas tu bakarlah sampai masak...



Kek Coklat

junjs11@myresipi.com
resepi guna cawan...guna susu coklat dan senang nak buat..

Bahan-bahan ( 1 biji kek..satu family )

  • 250gm butter (1 buku)
  • 1 3/4 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan susu coklat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-satu. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan serbuk koko. tepung gandum dan baking powder diselang selikan dengan susu coklat. Pukul rata.
  4. Masukkan kedalam loyang yg dialas dengan kertas dan dilengser.
  5. Bakar hingga masak. Bila sejuk, bolehlah dihias dengan icing/topping.



Puding Kastad

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 5 cawan santan
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend jagung. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk




MINI CHOCOLATE TARTS COOKIE

Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara
1.  Satukan gula ising dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Chocolate Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
80gm coklat masakan (dicairkan)
1/2 sudu besar coklat emulco
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur

Hiasan :  50gm coklat masakan di cairkan (Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya)
Untuk di tabur :  Manik berwarna, chocolate chips, chocolate rice ...

Cara-cara :
1.  Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati.  Masukkan telur, coklat masakan, coklat emulco dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.  Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2.  Picit adunan cheese ke dalam kulit tart  dan bakar sekejap selama 5-8 minit.
3.  Biarkan sejuk dahulu 2 hingga 3 jam, baru di picit dengan coklat masakan cair dan hias dengan bahan hiasan di atasnya.



SMARTIES COOKIES

Bahan A
250gm mentega
30gm shortening
250gm gula perang
2 tsp esen vanila
2 biji telur Grade B

Bahan B
460gm tepung gandum - diayak
1/2 tsp baking powder
1 tsp emplex
1/4 tsp garam halus
60gm badam cincang - dipanggang

Hiasan : Coklat m&m/smarties

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim, masukkan esen vanila dan telur satu persatu dan pukul hingga bergaul rata.
2.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 15-20 minit.
3.  Ambil 1/2 Tbsp adunan (kecil) atau 1 Tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekan dengan 3-6 biji coklat m&m smarties.
4.  Panaskan oven, susun di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.  Jarakkan biskut 5cm antara yang lain kerana biskut ini mengembang.
5.  Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

SNOW WHITE COOKIES

Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplek

Bahan B
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm nestum (dikisar)
3 sudu besar susu tepung

Hiasan : Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand

Cara -cara :

1.  Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga menjadi doh.
2.  Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan.
3.  Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manik warna warni.
4.  Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.

WHITE ALMONDS COOKIES
Bahan A
90gm gula ising
140gm tepung jagung
280gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikabonat

Bahan B
200ml minyak jagung

Bahan C
100gm kepingan badam hiris (di panggang dan di ramas kasar)
30gm nestum (di ramas kasar)

Hiasan : Putih telur, kepingan badam hiris 

Cara-cara
1.  Ayak bahan A, masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Rehatkan selama 15 minit, canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Sapu putih telur dan hias dengan hirisan badam. 
4.  Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit.

*** jika adunan agak keras selepas di rehatkan, masukkan sedikit minyak jagung dan uli semula.



CHOCOLATE TART COOKIES

Bahan A
125gm mentega
80gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2tsp esen vanilla

Bahan B(di ayak)
200gm tepung gandum
20gm tepung jagung

Hiasan : Coklat masakan dan manik berwarna

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.  Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil.
3. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 30 minit.
4. Setelah biskut sejuk paipkan coklat masakan kedalam biskut dan taburkan manik warna-warni.



Cappucino Slice - Step by step


Bahan A
210 gm butter
100gm gula perang
1 sudu teh cappucino emulco

Bahan B (di ayak bersama)
150gm tepung gandum
90gm tepung jagung
50gm susu tepung
60gm serbuk kacang tanah

Topping coklat
230gm coklat masakan
20gm cocoa butter
(di cairkan secara double boiler)

Hiasan :  Jumbo Heart, Croquant

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Alas loyang 10 x 10'  dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.

3.  Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang.

4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.
5. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan, ratakan.
Nampak tak jaluran yang terbentuk dari cutter, letak kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya.  (jika nak buat corak marble, lakukan ketika coklat masih cair baru di letakkan cutter.
6. Masukkan balik cutter kedalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat membeku.
                                                       
7. Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.



Strawberry Fingers Cookies


Bahan A
250gm mentega
10gm shortening 
150gm gula kaster
1 tsp strawberry emulco
1/4 tsp pewarna pink/merah
50gm serbuk badam/serbuk gajus

Bahan B
300gm tepung red rose
40gm tepung kentang
50gm susu tepung
50gm tepung jagung


Hiasan :  Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.  
2.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4.  Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.



Almond Crunchy Cookies


Bahan A
250gm mentega
60gm shortening
160gm gula kaster

Bahan B 
320gm tepung red rose 
1/2 tsp emplex
80gm tepung jagung
60gm serbuk badam, - dipanggang

Hiasan :  Putih telur, badam cincang 

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh.
2.  Ambil doh sebesar ibu jadi dan bulat-bulatkan, kemudian celup ke dalam putih telur dan golek dengan badam cincang.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30-35 minit.



Almond Beauty Cookies


Bahan A
200gm mentega
50gm crisco/shortening
150gm gula kaster

Bahan B
40gm putih telur

Bahan C (diayak bersama)
270gm tepung gandum
70gm tepung berserbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh emplek
10gm serbuk koko

Hiasan:
Coklat masakan putih dan badam cincang (dipanggang)

Cara-cara
1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang
2. Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan 2 jam atau lebih.
4. Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan mucung aising no 4FT bergerigi dan tekan diatas dulang pembakar
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 min. Angkat dan sejukkan.
6. Celup setengah biskut didalam coklat putih yang dicairkan dan celup dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Casablanca Delight Cookies

Bahan A
130gm mentega
20gm shortening
70gm gula kastor

Bahan B
30gm nestum - diramas
30gm oat- panggang dan kisar
30gm serbuk badam
20gm bijan hitam

Bahan C
25gm tepung jagung
10gm tepung beras
150gm tepung gandum

Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
1. Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2. Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3. Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.
4. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.



Suji Crystal/Crystal Ball Cookies


Bahan A(diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster

Cara-cara :

1. Satukan  bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.



Marble Shortbread Cookies - Black and White Marble


Bahan A
250gm mentega
150gm gula kaster
2 tsp coffee emulco

Bahan B
330gm tepung gandum
40gm susu tepung
20gm serbuk koko 
50gm nestum di kisar halus
60gm serbuk badam

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

pilihan 1=
Corak Marble Hitam
230gm coklat masakan hitam
20gm coco butter
50gm coklat masakan putih

pilihan 2=
Corak Marble Putih
250gm coklat masakan putih
50gm coklat masakan hitam


Cara-cara : 
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yg lembut.
2.  Ambil 600gm adunan, ratakan di dalam loyang yang di alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" terkeluar dari loyang dan tekan padat ke dalam loyang kemudian cucuk atasnya dengan garfu. Letak cutter di atasnya dan tekan sampai ke dasar.
3. Bakar pada 160C selama 40 min atau hingga masak. Biar sejuk dan keluarkan cutter.
4. Cairkan coklat masakan hitam secara double boiler, masukkan coco butter, gaul rata atau (coklat masakan putih). Tuang keatas biskut dan ratakan.
4. Cairkan coklat masakan putih atau (hitam) secara double boil atau di dalam microwave, biarkan suam sedikit masukkan ke dalam piping bag dan picit memanjang di atas coklat masakan hitam. Ambil lidi dan lorekkan dengan bentuk marble. Masukkan kembali cutter ke tempat asalnya dan biarkan coklat beku.
5. Keluarkan cutter dan simpan di dalam bekas kedap udara.

**** Untuk corak marble putih tak perlu di masukkan coco butter.  Buat seperti corak marble hitam.  Pilih salah satu ...

Jika adunan agak kering, tambah sedikit mentega dan uli semula.
 


Makmur


Bahan A
200 gm minyak sapi
400 gm tepung gandum
20gm gula icing
1/8 tsp garam halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda

Inti kacang:
100gm kacang tanah atau gajus digoreng dan ditumbuk kasar
150gm gula pasir
1 Tbsp mentega cair
(Satukan dan gaul semua, ketepikan)

Hiasan :  Secukupnya gula kastor/ising untuk salutan pada biskut, cawan kertas

Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak lembik, tambah sedikit tepung, Jika kering tambah sedikit minyak sapi lagi.
2. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Leperkan dan isi inti kacang kedalamnya.  Bentukkan bulat atau bujur.
3. Susun atas dulang dan bakar hingga masak. Sejukkan
4. Apabila biskut telah sejuk, golekkan dengan gula kastor
5. Masukkan dalam cawan kertas dan simpan dalam bekas.



Mixed Fruits Bubble Cookies


Bahan A
260gm mentega
2 biji kuning telur
120gm gula kaster
1 tsp esen vanila

Bahan B (di ayak)
300gm tepung red rose
40gm tepung kastard
60gm tepung jagung
20gm tepung susu
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp emplex

Bahan C
80gm mixed fruits bubble
50gm badam nibs

Hiasan :  Coklat masakan putih, manik hundred thousands, cawan kertas

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sebesar ibu jari dan bulatkan doh, isikan ke dalam cawan kertas.
3.  Panaskan oven, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.  Biarkan sejuk.
4.  Hias dengan coklat masakan dan manik hundred thousands.
*** Jika adunan menjadi keras, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.






Bahan A
260gm mentega
1 biji kuning telur
100gm gula perang
1 tsp esen vanila

Bahan B (di ayak)
300gm tepung red rose
40gm tepung kastard
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko 
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp emplex

Bahan C
150gm chocolate bubble
30gm coklat rice

Hiasan :  Coklat masakan hitam, croquant, cawan kertas

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sebesar ibu jari dan bulatkan doh, isikan ke dalam cawan kertas.
3.  Panaskan oven, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.  Biarkan sejuk.
4.  Hias dengan coklat masakan dan croquant.

*** Jika adunan menjadi keras, uli dengan sedikit mentega sehingga lembut.





Truffle Chocolate Cookies

Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
40gm tepung jagung
50gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C - Hazelnut atau chocolate chips untuk isian dalam doh.

Hiasan :  Coklat masakan, hazelnut/kacang tanah cincang, cawan kertas.

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Ambil 1 sudu teh doh, masukkan hazelnut dan bulatkan kembali.
2.  Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
3.  Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, masukkan ke dalam cawan kertas, tabur dengan bahan hiasan atau yang di sukai.

*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.


Coco Fingers Cookies


Bahan-bahan
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
50gm kelapa kering - di kisar halus
4 Tbsp santan KARA

Hiasan :  Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
2.  Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening.  Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
4.  Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.
5.  Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.

*** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.



Coco Cashewnut Cookies

Bahan A
250gm mentega
40gm shortening
120gm gula ising
1/4 tsp esen vanila

Bahan B
320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastard
1/2 tsp baking powder

Bahan C
60gm gajus
40gm parutan kelapa kering
(di panggang dan di kisar halus)

Hiasan :  Kuning telur, parutan kelapa kering

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B yang telah di ayak dan bahan C, gaul hingga menjadi doh.
2.  Rehatkan doh selama 1/2 jam atau lebih, canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Sapu dengan kuning telur dan tabur kelapa kering di atasnya.
4.  Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.



Kaastengel/Cheese Cookies


Bahan A
240gm mentega
40gm shortening
160gm gula kaster
2 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Bahan B
40gm tepung kastard
320gm tepung red rose
1 tsp baking powder
40gm tepung jagung

Bahan C
60gm parutan parmesan cheese
80gm cornflakes di kisar halus
60gm serbuk gajus di bakar dahulu

Hiasan :  Kuning telur, parutan keju cheddar 

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A, masukkan telur dan pukul sebati.
2.  Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.  Uli bersama bahan A hingga menjadi doh.
3.  Canai dan terap dengan acuan kesukaan.  Sapu kuning telur dan hias dengan parutan keju.
5.  Bakar pada suhu 150C selama 20 -25 minit.

*** Biskut ini tidak boleh di biar lama di luar kerana cepat lembut.  Perlu cepat2 di simpan dalam bekas kedap udara apabila saja sudah sejuk.




Chocolate Oats Cookies

Bahan A
250gm mentega
60gm shortening
160gm gula perang

Bahan B 
280gm tepung red rose 
1/2 tsp emplex
4 tbsp serbuk koko
80gm tepung jagung
60gm serbuk gajus - dipanggang

Hiasan :  Putih telur, oats

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh.
2.  Ambil doh sebesar ibu jadi dan bulat-bulatkan, kemudian celup ke dalam putih telur dan golek dengan oats.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30-35 minit.



MARSMALLOW POPS
Bahan A
1/3 cawan gula ising utk tabur
1/3 cawan tepung jagung utk tabur

Bahan B
4 sdm gelatin
3/4 cawan air
1 sdm esen vanila
1/4 sdt garam
1 sdt pewarna dan perasa yang disukai

Bahan C
2 cawan gula
2 sdm sirap jagung/sirap glukos
3/4 cawan air

Bahan D
2 biji putih telur

Loyang 8" atau acuan-acuan kecil yang comel
Lidi untuk mencucuk
Coklat masakan cair

Cara-cara
1. Alas loyang 8" dengan aluminium foil. Leser dengan sedikit shortening.
2. Ayak bahan A bersama dan taburkan ke seluruh loyang biar rata, ketuk loyang dan simpan lebihan tepung untuk diguna semula.
3. Rendam bahan B (gelatin dan air) selama 5 minit. Biar kembang dan lembut kemudian cairkan secara double boil hingga larut, masukkan esen vanila, perasa dan garam. Ketepikan.
4. Satukan bahan C, masak hingga mendidih dan berbuih kasar. Tutup api.
5. Di dalam mixer, pukul bahan D hingga kembang dan bertanduk. Kemudian masukkan bahan B. Putar dengan speed perlahan. Kemudian tuangkan bahan C (air gula panas) sedikit demi sedikit hingga habis. Tukar kepada speed sederhana dan putar selama 10-15 minit sehingga kembang dan likat.
6. Tuang ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Biarkan semalaman pada suhu bilik.
7. Keluarkan dari loyang dan telengkupkan ke atas meja yang di tabur dengan bahan A.
8. Salut pisau dengan tepung dan potong marshmallow mengikut saiz di kehendaki.
9. Biarkan mengering sedikit baru di simpan di dalam bekas kedap udara.
10. Untuk membuat marshmallow pops, cairkan coklat masakan secara double boil, cucuk marshmallow dengan lidi dan celup kedalam coklat cair dan golekkan kedalam kekacang atau coklat rice.


Gummy Fruit Jelly

Bahan-bahan
4 sdm gelatin halal
6 sdm gula
2/3 cawan jus buah ikut suka
6 sdm sirap jagung/sirap glukos
Pewarna
Gula kastor untuk hiasan

Loyang 6" dibasahkan terlebih dahulu

Cara-cara
1. Rendam gelatin bersama 4 sdm air selama 5 minit hingga kembang.
2. Masukkan jus buah, gula dan sirap jagung dalam periuk masak hingga gula larut.
3. Masukkan gelatin, kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sekejap. Masukkan pewarna dan perasa disukai.
4. Tuang ke dalam loyang dan biarkan beku.
5. Keluarkan dari acuan, terap dengan penerap biskut atau potong dengan pisau tajam..
6. Golek dengan gula kastor jika suka atau biarkan plain
7. Jika ingin membuat 2 lapisan yang berlainan warna dan rasa, ambil resipi yang sama dan letakkan jus dan pewarna yang berlainan. Apabila masak tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Bila di potong ada dua lapisan warna dan rasa yang berlainan.

mY B!0$

My photo
Jerantut,Pahang, pahang,malaysia, Malaysia
Nothg special...Im just a girl that always hope that i can improve myself become better n better person..Pleased by everyone around me...iLy zaimer(combination of my parent's name lah)