pasta recipes



Bahan-bahan
2 cawan makaroni di celur dan di toskan
2 keping dada ayam di rebus hingga empuk - siatkan dagingnya
1 labu bawang besar di cincang halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 inci halia - di cincang halus
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 batang daun ketumbar di cincang
bawang goreng
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia.  Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam.  Biarkan mendidih dan masukkan garam dan lada sulah.  Biarkan sebentar di atas api baru di angkat.
2.  Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang di siat.  Tuangkan sup dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.




Bahan-bahan
250gm makaroni di rebus
8 - 10 biji telur bergantung pada saiz
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada sulah
3 biji buah pelaga - di buang kulit luar
1 labu bawang besar sederhana
1/2 batang carot di parut kasar
beberapa biji cendawan butang
2 biji tomato segar sederhana di potong dadu
5 sudu besar sos tomato
sedikit air
garam secukup rasa
300gm daging ayam/lembu di cincang

Hiasan :  Hirisan tomato, daun bawang, daun sup, cili merah dan bawang goreng

Cara-cara
1.  Rebus makaroni dengan air dan sedikit minyak.  Angkat dan toskan.
2.  Tumbuk bahan-bahan rempah hingga halus.
3.  Panaskan minyak, tumis bawang besar di ikuti rempah tumbuk.  Bila sudah naik baunya masukkan daging cincang dan sedikit air.  Masak hingga daging empuk, masukkan parutan carot dan cendawan butang.  Kemudian masukkan makaroni rebus, secubit garam dan sos tomato (agak2 biar lembab), gaul hingga sebati.  Angkat dan ketepikan.
4.  Pecahkan 6 biji telur (1 bhgian) dan 4 biji (1 bhgian) dan letakkan sedikit garam, kacau dengan garpu dan  Ambil satu bahagian telur (6 biji) dan gaulkan dengan makaroni tadi.
5.  Leser acuan muffin dengan mentega, masukkan 1 sudu besar makaroni atau 1/3 dari acuan muffin dan bakar separuh masak.
6.  Angkat dan tuangkan baki telur (4 biji) yang di pukul tadi sehingga meliputi makaroni.  Tabur dengan bahan-bahan hiasan dan bakar sehingga masak.



Cream Fettuccini

Bahan-bahan
Pasta
250gm pasta fettuccini
2 sudu besar minyak
2 liter air
garam secukupnya

Sos
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dihiris
2 sudu besar tepung gandum
50gm cendawan butang
1 cawan stok ayam
4 sudu besar double cream
1 sudu besar keju parmesan
garam secukupnya
lada putih secukupnya

Cara-cara
1. Didihkan air bersama minyak dan garam. Masukkann pasta.
2. Keluarkan dan toskan, gaul dengan sedikit minyak.
3. Untuk sosnya, tumis bawang merah, bawang putih dan masukkan tepung, biarkan masak sebentar sambil dikacau.
4. Kemudian masukkan stok ayam, cendawan, cream, keju dan pasta tadi.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Sedia dihidang



Bahan-Bahan:
2 sudu besar tepung jagung
1 mangkuk tepung gandum
setengah kotak whipping cream
1 bj bawang besar dipotong dadu
3 ketul dada ayam dipotong kecil
1 tin cendawan butang dihiris halus
garam secukup rasa
2 sudu besar marjerin/butter

Cara:
1. masukkan butter/marjerin dlm periuk. biar sehingga panas.
2. tumis bawang besar hingga layu.
3. masukkan ayam. kacau dan biar selama 5 minit.
4. kemudian masukkan cendawan butang
5. masukkan whipping cream diikuti 3-4 mangkuk air.
6. kacau dan biar hingga mendidih.
7. masukkan tepung gandum. kemudian tepung jagung yang telah dicampur dgn air. kacau hingga pekat.
8. masukkan garam secukup rasa dan tutup api.

Cadangan Hidangan:
sesuai dimakan panas2 bersama dengan roti atau dijadikan gravy dan dimakan bersama spaghetti



Bahan-Bahan:

Bahan 1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak)
1 mangkuk Keju cheddar diparut
1 mangkuk sayuran campur
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang
3-4 batang sosej ayam/daging
1 tin mashroom/chicken soup
2-3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang(di hiris nipis)
1 biji telur ayam
Sedikit Parmesan Cheese

Cara:
1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi.Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih.
2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur dan kacau sedikit sehingga menjadi sos.
3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak.
4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya.
5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus.

Cadangan Hidangan:
Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco.
Tambahan:
Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar



Macaroni Brood

bahan :1 buah roti tawar tanpa kulit
1/4 kg daging giling
1 gelas susu evaporated
1/4 kg keju parut
200 gr macaroni, rebus & tiriskan
4 sdm mentega untuk menumis
1 ons bawang merah dirajang
merica, pala dihaluskan,
secukupnya garam, gula secukupnya
2 butir telur ayam dikocok

cara membuat :
1. roti direndam dengan susu evaporated
2. bawang merah ditumis, tambahkan bumbu halus sampai harum
3. masukkan daging giling
4. setelah daging matang, angkat, tambahkan roti tawar, keju parut, telur yang sudah dikocok, terakhir macaroni.
5. aduk sampai rata, masukkan ke dalam wonder pan besar, oven.
6. setelah masak dan dingin baru dapat diiris, hidangkan di piring kecil, hias dengan daun peterseli.




Bahan-bahan
1 bungkus spaghetti (500gm)
(di rebus dengan sedikit garam dan minyak masak), Toskan
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 labu bawang besar di di potong dadu
2 biji buah tomato di potong dadu
2 tin sedang sos Prego
400 gm daging kisar
3 sudu besar tomato sos/tomato pure
500 ml air
1 kiub stok daging
Oregano dan Parsley secukupnya
Parutan keju jika suka
Bebola daging secukupnya
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar hingga keemasan. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan sedikit kering.
2. Masukkan air, sos tomato, tomato dadu, sos prego,stok,oregano, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
3. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
4. Rebus bebola daging, toskan airnya. Sajikan dengan spaghetti dan keju parut.



Ingredients :
Fresh tomatoes ~ diced
Garlic ~ chopped
1 can of tomato and garlic
a bit of dried oreganum
a bit of dried sweet basil
salt to taste
a bit of sugar
a bit of grated cheddar cheese
a bit of olive oil

Method :
1. Saute garlic in the olive oil till fragrant.
2. Add in chopped tomatoes. Cook till tomatoes are pureed.
3. Pour in the canned tomato and garlic.
4. Stir well and add in the sugar and salt to taste.
5. Add in the dried oreganum and sweet basil.
6. Before turning off the heat, add in some grated cheddar cheese to



Bahan-bahan :

Pasta ~ direbus hingga lembut
Minyak Zaiton
3 biji bawang putih ~ dicincang
Lobak merah ~ dipotong kecil
Jagung muda ~ dipotong kecil
Cili benggala ~ dipotong kecil
Kacang buncis ~ dicelur sebentar dan kemudian dipotong kecil
Cendawan butang ~ dipotong nipis
2 keping daging burger ~ digoreng dan potong kecil
3 batang hotdog ~ dicelur dan dipotong kecil
1 tin Prego Carbonara Mushroom Sauce
sedikit air
sedikit oregano kering } Kak Amal gunakan allspice, tapi mama tak ada all spice
sedikit sweet basil kering }

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan minyak zaiton dan masukkan bawang putih cincang. Goreng sampai wangi.
2. Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau.
3. Masukkan pula lada benggala, kacang buncis dan cendawan. Kacau seketika.
4. Masukkan daging burger dan hotdog. Kacau untuk beberapa minit.
5. Curahkan Prego Carbonara Mushroom Sauce dengan sedikit air dan kacau agar sebati.
6. Akhirnya masukkan pasta yang telah direbus dan kacau rata.



350g mee kuning, dicelur
150g taugeh, dibuang ekor & dicelur
2 keping tauhu, digoreng & dipotong
bawang goreng
daun bawang, daun sup, dihiris

Kuah:
100g udang sederhana, asingkan kulitnya
600-750ml air
2 camb minyak
1 camt udang kering, direndam } dikisar halus
1 camt serbuk lada sulah }
1 biji cili merah }
4 biji bawang merah }
1 camt tomato puri
150g daging (lean beef), dihiris nipis & lebar
1 biji keledek (150-200g), direbus & dilecek
2 camb kacang tanah goreng, dikisar
2 biji telur
garam & gula secukupnya

Rebus kulit udang dengan air hingga mendidih. Renihkan 15 min. Tapiskan untuk stok udang. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan stok udang, daging dan tomato puri. Bila mendidih, bubuh keledek, garam dan gula. Masak hingga daging empuk (tambah air jika perlu). Akhir sekali, masukkan kacang tanah goreng dan renihkan 2-3 min lagi. Pecahkan telur (poach-style) kemudian angkat dan hidangkan dengan mee dan bahan sampingan.



Bahan-bahannya:
150 g mee telur
4 cm halia } ditumbuk &
1 camb air } campur (utk air halia)
150 g isi ayam, dihiris memanjang
4 keping cendawan Cina, direndam dlm air panas hingga lembut
40 g lobak merah } dihiris & dicelur
3-4 tangkai sawi }
1 camt tepung jagung } bahan pemekat
3 camb air }
hirisan cili merah bercuka, utk sajian

Bahan Sos
1 camb sos tiram
1 camb sos Hoisin
1 camt stok pekat ayam (dlm botol)
1 camt kicap cair
sedikit kicap pekat (untuk warna)
1 camt minyak bijan, jika suka
250 ml air rebusan ayam atau air
serbuk lada sulah, garam & gula secukupnya

Celur mee dengan air panas hingga lembut. Letak dalam penyejat dan kocak di bawah air paip sebentar. Isikan ke dalam pinggan, campur ½ camb minyak dan ½ camt minyak bijan dan gaul rata.
Panaskan 2 camb minyak, masukkan air halia, cendawan dan ayam. Kacau hingga ayam setengah masak. Masukkan semua bahan sos. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 5-8 minit. Akhir sekali masukkan lobak merah, sawi dan bahan pemekat.

Panaskan hotplate hingga berasap. Ketepikan dari api, letak atas pengalas kayunya. Bubuh mee di atas hotplate dan tuangkan kuahnya segera. Sajikan dengan hirisan cili merah bercuka.



Bahan-bahannya:
600 gm. mi kuning, dicelur
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur

Bahan kuahnya:
1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)

Bahan cucur udang:
100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa

Cara membuat cucurnya
:
Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan:
3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua
Sedikit kacang tumbuk & Bawang goreng

Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan. Bubuh bahan

150g mee telur ('yee foo mein')
Bahan Sos:
150g daging ayam (tanpa tulang)
3 keping cendawan hitam - direndam, jangan dipotong
25 g lobak merah, dihiris & dicelur
1 camb jus halia
1 camb sos masam manis
Bahan Perasa
1 camb sos tiram
1 camt kicap cair
3 camb minyak masak
1/2 camt minyak bijan
garam secukupnya
1/4 camt gula
secubit serbuk lada hitam
1 camt tepung jagung
1/2 camt serbuk pati
1 cawan air rebusan ayam/air

Cara membuatnya:
Celur mee di dalam air panas agar ia lembut. Sejatkan di dalam penapis dan kocak di bawah air paip. Isikan mee di dalam pinggan. Masukkan 1/2 camb minyak dan 1/2 camt minyak bijan, kacau rata dan biar sebentar.

Untuk kuah: Panaskan 2 camb minyak, masukkan jus halia, cendawan dan ayam. Kacau rata kemudian bubuh air rebusan. Bila mendidih, perlahankan api selama 5-8 minit. Masukkan lobak merah dan tepung jagung (larutkan dengan sedikit air).

Panaskan hot plate di atas api sederhana hingga betul-betul panas. Angkat dan letak di atas bekas kayu khas. Letak mee di atas hot plate dan tuangkan semua kuah. Hidangkan dengan hirisan cili merah dan cili padi.

Di mana saya boleh dapatkan mee sizzling?
Di mana-mana pasar raya besar dan dijual dlm bentuk kering (seperti mee siput). Ia dipanggil yee foo mein (mee telur).



LASAGNA
12 keping lasagne**
100 g keju Parmesan*, diparut

Bahan Sos Daging
3 camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato berkaleng (peeled, stewed tomatoes), dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
4 camb tomato puri
1 camt serbuk lada hitam
Gula, garam secukupnya

Bahan Sos Putih
80 g mentega
80 g tepung gandum
800 ml susu segar/UHT
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat. Ia mesti kelihatan seperti kuah 'Spaghetti Bolognese'. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam tomato puri) dan garam kemudian angkat. 
Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
Ratakan 1/6 daging dan 1/6 sos putih, atur sekeping lasagne di atasnya. Jika bekas besar, anda perlukan 2 keping. Ulang melapis begini hingga atasnya adalah sos putih dan taburkan parutan keju. Bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min atau hingga masak (kejunya mulai keperangan).

** Lasagne jenis 'no need to pre-cook' atau tidak perlu direbus terlebih dulu. Ia keras tetapi akan lembut bila sudah masak.

* Pastikan "rennet"nya/coagulant adalah dari punca bahan kimia dan BUKAN animal rennet yg tidak halal. Anda boleh gantikan dengan keju Cheddar, jika suka kerana keluaran Chesdale/Kraft ada tanda "HALAL" - pastikan cop Jabatan Agama Islam Malaysia.)

Beef Lasagna

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • Beberapa keping instant lasagna-rendamkan sehingga agak lembut.(ada dijual di supermarket)
  • 1 botol pasta sauce(Preggo/higo etc)
  • 1 paket daging cincang(Ramly etc)
  • 1 tin cendawan butang-hiris
  • 1 batang salery-potong serong
  • 2 labu bawan besar-potong dadu
  • 3 ulas bawang putih-cincang halus
  • Serbuk lada hitam
  • 2 helai daun bay
  • Minyak&sedikit garam
  • Bahan2 white sauce:
  • - 1/2 cawan air
  • -2 cawan susu segar(low fat etc)
  • - 1/2 cawan butter
  • - 1/2 cawan tepung gandum
  • - 1/2 sudu/kecil oregano
  • - cheese

Cara-cara

  1. Tumiskan kedua2 jenis bawang sehingga naik bau.Masukkan daging separuh masak & masukkan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan pasta sauce dan 1/2 botol air.Masukkan juga sedikit garam.
  3. Masukkan cendawan,salery&daun bay.Tggu seketika boleh lah ditutup api.
  4. Cara masak white sauce:
  5. Panaskan butter,masukkan oregano,masukkan tepung gandum&kacau sebati.
  6. Masukkan fresh milk&cheese.Kacau sehingga pekat.Tutup api.
  7. Sediakan loyang segiempat.Masukkan adunan daging .Kemudian lapiskan dgn kepingan lasagna yg direndam tadi.Kemudian lapiskan dgn adunan white sauce.Ulang sekali lagi langkah tersebut sehingga akhirnya..taburkan cheese diatas sekali.
  8. Bakar lasagna dlm ketuhar selama 30min dgn suhu 180 drjah celcius.


spaghetti daging ringkas

syafiah@myresipi.com
Spaghetti yang simple dan lazat skali. Belajar dari kawan rapat.

Bahan-bahan ( 1orang )

  • 100g mi spageti
  • 150g daging hancur (minced meat)
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • minyak zaitun (pakai minyak masak biase pon ok)
  • parmesan cheese dan sedikit daun basil utk hiasan

Cara-cara

  1. Rebuskan mi kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya mi tak melekat2.Toskan.
  2. Potong bawang putih menjadi kecil2.
  3. Panaskan kuali beserta minyak zaiton dan masukkan bawang putih tadi.
  4. Apabila bawang putih mula menjadi kuning-perang, masukkan daging dan goreng sehingga masak.
  5. Kemudian tambahkan tomato puri, garam dan gula secukup rase.Biarkan mendidih selama 2minit.
  6. Setelah siap, hidangkan mi di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah parmesan cheese dan daun basil mengikut citarasa sendiri.Siap



Lasagna

nihadriz@myresipi.com
masakan Itali, resipi senang untuk yang baru nak belajar², masa 40 minit untuk masak)

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)



Spaghetti sempoi

yatiey@myresipi.com
mudah, cuma campak-campak je

Bahan-bahan ( 5 )

  • 1/2 bungkus spaghetti
  • sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
  • 1 bungkus ayam/daging kisar
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan sos cili
  • cendawan butang (kuantiti ikut suka)
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • sedikit aji (kalau nak)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara

  1. Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
  2. Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
  3. Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
  4. Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit



Spaghetti Bolognese

30 mins preparation + cooking time. Our fave recipe during uni days

Bahan-bahan ( 5-6 )

  • 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm minced beef/chicken
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
  • Oregano
  • Sedikit margerine/butter

Cara-cara

  1. Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu)
  2. Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.
  3. Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bwg putih, keluarkan dari periuk itu selepas bwg masak.
  4. Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap.
  5. Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
  6. Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.
  7. Buka tin tomato puree, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak.
  8. Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.
  9. Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)
  10. Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.
  11. Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam,oregano)
  12. Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalm sesudu kecil margerine untuk bagi cantik/berkilat.


Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

 

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

  1. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  2. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  3. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  4. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian




Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 2 peket spaghetti
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (mayang)
  • 1/2 cawan daging cincang
  • 4 biji telur
  • garam secukup rasa
  • lada sulah secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • keju parmesan parut

Cara-cara

  1. rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
  2. dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
  3. panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
  4. bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
  5. kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
  6. gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.


Spaghetti udang ringkas
nure@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1~2org )

  • 200g spaghetti
  • 4 sd besar minyak zaitun (minyak masak pon ok)
  • 12~15 ekor udang yg dikupas kulit
  • 4 kpg cendawan
  • 3 ulas bwg putih diracik halus
  • 2 sd besar sos tomato
  • tomato (optional)
  • serbuk parsley (optional)
  • garam dan sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. rebus spaghetti dlm air panas yg telah dimasukkn sedikit garam dan 1 sd minyak(nk bg x nk melekat)
  2. bila spaghetti dh siap dicelur, toskn.
  3. dlm kuali, panaskn minyak. Tumis bwg putih sampai wangi.
  4. masukkn udang, gorengkn sebentar. Kemudian masukkn cendawan dan goreng lg.
  5. Masukkn spaghetti,tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.
  6. bila nk dihidangkn, boleh la ditabur dgn serbuk parsley.
  7. Nota: Ms rebus spaghetti tu, nk th dh cukup masak ke x, ambik sedikit spaghetti dan balingkn ke dinding. Kalo melekat kt dinding tu, dh bole diangkat dan ditoskn.

mY B!0$

My photo
Jerantut,Pahang, pahang,malaysia, Malaysia
Nothg special...Im just a girl that always hope that i can improve myself become better n better person..Pleased by everyone around me...iLy zaimer(combination of my parent's name lah)